Monday, August 22, 2011

Minggu Anti Rokok, Dadah dan HIV/AIDS 2011

Tarikh : 01-05/08/2011
Hari : Isnin-Jumaat
Jam : 8.00 pg

Matlamat :

Menyebarkan maklumat dan menimbulkan kesedaran di kalangan semua warga sekolah tentang bahaya rokok, dadah dan HIV/Aids.

Objektif:
  • Menyebarkan maklumat kepada warga sekolah berkenaan senario dadah di Malaysia pada masa kini.
  • Menyebarkan maklumat berkenaan bahaya rokok dan bahan psikotropik serta kaitannya dengan penyalahgunaan dadah.
  • Menyebarkan maklumat berkenaan virus HIV dan penyakit AIDS serta akibatnya.
  • Menyebarkan maklumat berkenaan undang-undang yang dikenakan terhadap penyalahgunaan dadah dan program pemulihan dadah di Malaysia
Ucapan perasmian daripada Pn. Siwar Kaur, Pengetua SMKDSN

Pengetua melancarkan Minggu Anti Rokok, Dadah dan HIV/AIDS 2011 dengan memotong riben banner.

Ceramah oleh En. Abd. Razak b. Hj. Idris ( Ketua Unit PPDa, JPNS ) yang bertajuk " Isu Penggunaan Dadah Terlarang dan Tingkahlaku Sosial Dalam Kalangan Pelajar "

Pn. Zuraini bt Abd Rahman ( Pen. Pegawai AADK Daerah Seremban ) menyampaikan ceramah beliau kepada pelajar.

Pn. Tamil Chelvi menyampaikan cenderamata kepada penceramah jemputan.


Beberapa orang pelajar melihat pameran yang diadakan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan
( AADK ) Daerah Seremban pada 04.08.2011 di Laman Tokoh SMKDSN.




No comments:

Post a Comment