Wednesday, November 9, 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan HEM dan Ko-Kurikulum 2011

Tarikh : 09/11/2011
Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Nains, SMKDSN
Perasmian Oleh : Tn. Hj. Mohd Ghazali b. Ab Ghani ( GPK 1 SMKDSN )

 Pn. Zarina selaku Pengacara Majlis menyampaikan kata-kata aluan beliau.

 Tn. Hj. Mohd Ghazali b.Ab Ghani ( GPK 1 SMKDSN ) menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM dan Ko-Kurikulum SMKDSN Tahun 2011

 En.Abdullah Munsi b.Abd Rahim ( GPK KOKO SMKDSN ) menyampaikan hadiah kepada penerima anugerah kecemerlangan HEM

  En.Abdullah Munsi b.Abd Rahim ( GPK KOKO SMKDSN ) menyampaikan hadiah kepada penerima anugerah kecemerlangan HEM

  En.Abdullah Munsi b.Abd Rahim ( GPK KOKO SMKDSN ) menyampaikan hadiah kepada penerima anugerah kecemerlangan HEM

 Tn. Hj.Mohd Ghazali menyampaikan Anugerah Kepimpinan Pengawas kepada Ketua Pelajar SMKDSN 2011

 Tn. Hj.Mohd Ghazali menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Sukan - Lelaki kepada 
Mohd Akhbar b. Sukumar 

Tn. Hj.Mohd Ghazali menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Explore Race Sains ( Program Selepas PMR 2011 )

Ceramah Daripada Pegawai Unit Pengurusan Psikologi JPA

1. Tajuk : Pengurusan Stress
Tarikh : 14/10/2011 ( Jumaat )
Masa : 11.00 pg-12.00 tgh
Tempat : Bilik TK, SMKDSN
Penceramah : Tn. Hj. Nor Azlan B. Hj. Sarmudan


 2. Tajuk : Ujian Inventori Kerjaya
Tarikh : 20/10/2011 ( Khamis )
Masa : 11.30 pg-1.30 ptg
Tempat : Bilik TK, SMKDSN
Penceramah : Tn. Hj. Nor Azlan B. Hj. Sarmudan

Tn. Hj. Nor Azlan B. Hj. Sarmudan menyampaikan ceramah beliau kepada pelajar lepasan PMR 2010 di Bilik Teknologi Kejuruteraan.


Pelajar-pelajar mendengar ceramah yang disampaikan oleh Tn. Hj. Nor Azlan.

Tn. Hj. Nor Azlan B. Hj. Sarmudan menerima cenderamata daripada Pn. Thamil Chelvi sebagai tanda terima kasih 

Taklimat Ke Sekolah Teknik/Vokasional 2012

Tarikh : 17/10/2011
Hari : Isnin
Masa : 11.30 pg
Tempat : Bilik TK, SMKDSN
Penceramah : Pn. Salehah ( SM Vokasional Ampangan, Seremban )
Sasaran : Pelajar Lepasan PMR 

 Pn. Salehah ( GBK SMV Ampangan ) menyampaikan taklimat beliau berkaitan kemasukan ke Sekolah Teknik dan Vokasional Tahun 2012

 Pelajar-pelajar lepasan PMR 2010  mendengar taklimat yang disampaikan.

Pn. Thamil Chelvi menyampaikan cenderamata kepada penceramah jemputan.


Lawatan Ke Kuala Lumpur - Program Selepas PMR 2011

Tarikh: 19/10/2011
Hari : Rabu
Tempat Lawatan : 1. Pusat Sains Negara, Bukit Kiara
                            2. Menara Kuala Lumpur
                            3. Berjaya Times Square, K.L
Peserta : 39 orang pelajar & 3 orang guru pengiring

















Sunday, September 25, 2011

Majlis Restu Guru Calon PMR dan SPM 2011

Majlis Restu Guru Calon PMR dan SPM 2011
Tarikh : 26/09/2011
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dataran SMKDSN


MATLAMAT

i.                     Untuk melahirkan anak didik yang berbudi luhur, berketrampilan, berdaya saing dan cemerlang.
ii.                   Membimbing dan memupuk nilai budi serta sikap menghargai guru.
iii.                  Menanam sikap hormat menghormati.

 OBJEKTIF

i.                     Menanam rasa hormat dan menghargai guru.
ii.                   Memohon restu guru dan penguasaan ilmu sebelum peperiksaan.
iii.                  Semoga mendapat keberkatan ilmu dan doa restu dari guru.
iv.                 Menyemai sikap sopan santun dalam adab berguru.
v.                   Memupuk sikap keluhuran budi.
vi. Meningkatkan rasa “Sayangkan Guru dan Sekolah



MEMBERI ILMU-

Adalah kami guru-guru SMK Dato’ Shamsudin Nain
Yang telah mengajar, mendidik dan menitiskan ilmu
pengetahuan
Kepada calon-calon PMR dan SPM  sesi 2011
Pada pagi ini 26hb September 2011 bersamaan 28  
Syawal 1432H
Dengan penuh keikhlasan dan rela hati
Dengan rasminya merestui, meredhai dan
menghalalkan segala ilmu kepada pelajar-pelajar
yang kami sayangi
Kami berharap pelajar-pelajar dapat memahami,
menerima dan memanfaatkannya.
Kami doakan semua pelajar akan mendapat
ketenangan jiwa semasa menghadapi peperiksaan
Dapat menjawab semua soalan denga teliti dan sebaik
mungkin
Dapat menggunakan masa dengan bijak dan cermat
Dapat membuat pesediaan mental dan fizikal yang 
rapi
Semoga dengan itu akan memperoleh keputusan yang
cemerlang di dalam PMR dan SPM seperti yang diharapkan.


-MENERIMA ILMU-

Kami
Anak-anak didik tingkatan 3 dan 5 sesi 2011
Dengan rasa rendah diri, ikhlas serta penuh keinsafan
Menerima segala curahan ilmu para guru
Yang tabah mengajar tanpa rasa jemu
Sabar mendidik kami
Menjadi insan berilmu

Guru
Tidak terhitung bakti dan jasamu
Tidak terbalas budi dan pengorbanan sucimu
Dalam mewarnai masa depan kami
Penuh bermakna

Demi limpahan jasa keramatmu
Kami kalungkan
Segunung penghargaan dan terima kasih
Buatmu selama-lamanya

Guru
Kami berjanji
Menghadiahi dirimu, Jua keluarga tercinta
Kuntuman bunga-bunga kejayaan

Untuk itu
Restuilah perjuangan suci kami
Dalam peperiksaan PMR dan SPM bakal menjelang
Dengan rimbunan doa kudusmu

Terima kasih guru!!!!!!!

















                                     


Kem 1Murid 1Sukan Daerah Seremban 2011

Kem 1Murid 1Sukan Daerah Seremban 2011
Tarikh : 19-21/09/2011
Tempat : Glory Beach Resort, Port Dickson
Peserta : 8 orang pelajar ( 4 orang Tingkatan 2 dan 4 orang Tingkatan 4 )