Sunday, November 28, 2010

Lawatan Ke LPPKN, Seremban 2

Lawatan Ke LPPKN, Seremban 2
Pada 15/11/2010

Pelajar mengisi borang soal-selidik yang diedarkan oleh pihak LPPKN

Pelajar memberikan pendapat mereka mengenai persoalan yang diutarakan oleh penceramah

Pelajar mendengar dengan khusyuk ceramah yang disampaikan oleh pihak LPPKN

Staf dari LPPKN menyampaikan ceramah beliau kepada pelajar

En. Fuad menerima cenderamata yang disampaikan oleh staf LPPKN

Lawatan ke KLIA


Lawatan ke KLIA ( KLIA Aviation Fuel Terminal & Muzium Automotif Malaysia, Litar Antarabangsa Sepang )
Tarikh : 10/11/2010

Pelajar bergambar di pintu masuk KLIA Aviation Fuel Terminal

Bersama Pengurus dan staf KLIA Aviation Fuel Terminal yang banyak membantu

Pelajar bergambar kenangan di luar pejabat operasi KLIA Aviation Fuel Terminal

Staf KLIA Aviation Fuel Terminal membantu pelajar membuat ujikaji ketulenan minyak kapal terbang

Pelajar bergambar di Muzium Automotif Malaysia, Litar Antarabangsa Sepang F1.

Pelajar bergambar di Muzium Automotif Malaysia, Litar Antarabangsa Sepang F1.

Pelajar bergambar di luar Muzium Automotif Malaysia, Litar Antarabangsa Sepang F1.

Wednesday, October 27, 2010

Program Selepas PMR 2010

Pertandingan Bakat Nyanyian
a.k.a KARAOKE TAK OK......
Tarikh : 20/10/2010 (Rabu)


Adakah ini JUARAnya???TUNGGUUUUUU...

Santai sambil menyanyi...
Peserta duet satu-satunya...
Pencabar utama....
Gembiranya menyanyi lagu DEALOVA...sedap...

Program Selepas PMR 2010

Taklimat Project Money Smart
oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia ( PIDM )
Tarikh : 19/10/2010 ( SELASA )

En. Aswad menyampaikan maklumat berkaitan PIDM dan Project Money Smart kepada pelajar

Pelajar mendengar taklimat yang disampaikan oleh wakil PIDM

Pelajar menerima hadiah daripada wakil PIDM semasa kuiz

Pelajar menerima hadiah daripada wakil PIDM semasa kuiz

Wakil PIDM menyampaikan sumbangan permainan papan Project Money Smart kepada wakil SMKDSN, En. Fuad


Tuesday, October 26, 2010

Program Selepas PMR 2010

Taklimat Kemasukan ke Sekolah Teknik dan Vokasional 2011
Tarikh : 18/10/2010 ( Isnin )
Penceramah : Cik Noorazlina bt Md Zahari ( Kaunselor, SMT Port Dickson )

Pn. Chelvi menyampaikan cenderamata kepada penceramah

Cik Noorazlina menyampaikan taklimat kepada pelajar tingkatan 3

Pelajar tingkatan 3 mendengar dengan penuh minat taklimat yang disampaikan

Monday, October 4, 2010

Majlis Restu Guru 2010

Majlis Restu Guru 2010
Tarikh : 04/10/2010 ( Isnin )
Tempat : Tapak Perhimpunan SMKDSN

Matlamat :

· Untuk melahirkan anak didik yang berbudi luhur, berketrampilan, berdaya saing dan cemerlang.

· Membimbing dan memupuk nilai budi serta sikap menghargai guru.

· Menanam sikap hormat-menghormati.

Objektif :

· Menanam rasa hormat dan menghargai guru.

· Memohon restu guru dan penguasaan ilmu sebelum peperiksaan.

· Semoga mendapat keberkatan ilmu dan doa restu dari guru.

· Menyemai sikap sopan santun dalam adab berguru.

· Memupuk sikap keluhuran budi.

· Meningkatkan rasa “Sayangkan Guru dan Sekolah”.

-MEMBERI ILMU-

Adalah kami guru-guru SMK Dato’ Shamsudin Nain

Yang telah mengajar, mendidik dan menitiskan ilmu

pengetahuan

Kepada calon-calon PMR dan SPM sesi 2010

Pada pagi ini 04hb Oktober 2010 bersamaan 28

Syawal 1431H

Dengan penuh keikhlasan dan rela hati

Dengan rasminya merestui, meredhai dan

menghalalkan segala ilmu kepada pelajar-pelajar

yang kami sayangi

Kami berharap pelajar-pelajar dapat memahami,

menerima dan memanfaatkannya.

Kami doakan semua pelajar akan mendapat

ketenangan jiwa semasa menghadapi peperiksaan

Dapat menjawab semua soalan denga teliti dan sebaik

mungkin

Dapat menggunakan masa dengan bijak dan cermat

Dapat membuat pesediaan mental dan fizikal yang

rapi

Semoga dengan itu akan memperoleh keputusan yang

cemerlang di dalam PMR dan SPM seperti yang diharapkan.


-MENERIMA ILMU-

Kami

Anak-anak didik tingkatan 3 dan 5 sesi 2010

Dengan rasa rendah diri, ikhlas serta penuh keinsafan

Menerima segala curahan ilmu para guru

Yang tabah mengajar tanpa rasa jemu

Sabar mendidik kami

Menjadi insan berilmu

Guru

Tidak terhitung bakti dan jasamu

Tidak terbalas budi dan pengorbanan sucimu

Dalam mewarnai masa depan kami

Penuh bermakna

Demi limpahan jasa keramatmu

Kami kalungkan

Segunung penghargaan dan terima kasih

Buatmu selama-lamanya

Guru

Kami berjanji

Menghadiahi dirimu, Jua keluarga tercinta

Kuntuman bunga-bunga kejayaan

Untuk itu

Restuilah perjuangan suci kami

Dalam peperiksaan PMR dan SPM bakal menjelang

Dengan rimbunan doa kudusmu

Terima kasih guru!!!!!!!

Pn. Siwar Kaur a/p Gurdial Singh, Pengetua SMKDSN menyampaikan ucapan perasmian Majlis Restu Guru Bagi Calon PMR dan SPM 2010

Kavithra a/p Rajasekaran mengetui Bacaan Ikrar pelajar ( Menerima Ilmu ) daripada semua calon PMR dan SPM 2010

Calon PMR dan SPM perempuan bersalaman dengan guru-guru memohon restu dan keberkatan ilmu yang telah dicurahkan.

Pengetua SMKDSN turut menyampaikan alat tulis sumbangan PIBG kepada semua calon PMR dan SPM 2010.

Selamat Datang Kepada Pengetua Baru SMKDSN

SEMUA WARGA SMKDSN MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN
PENGETUA BARU SMKDSN
PN. SIWAR KAUR A/P GURDIAL SINGH

" SEMOGA AKAN MEMBAWA SMKDSN KE ARAH KECEMERLANGAN "


Majlis Perpisahan Mantan Pengetua Cemerlang SMKDSN

Majlis Perpisahan Mantan Pengetua Cemerlang SMKDSN,
YM Raja Hasmiah bt Raja Sirajudin

Tarikh: 01/10/2010 ( Jumaat )
Tempat : Dewan SMKDSN
Masa : 9.00 pg

" SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BARU ( SMK SEREMBAN JAYA 2 ) "

Mantan Pengetua Cemerlang SMKDSN, YM Raja Hasmiah bt Raja Sirajudin menyampaikan ucapan beliau sempena majlis perpisahan yang diadakan

Tn. Hj. Ghazali ( GPK 1 ) menyampaikan hadiah daripada pihak pengurusan sekolah kepada Mantan Pengetua SMKDSN


Pelajar menyampaikan hadiah daripada Tingkatan 2 DO

Sesi fotografi guru-guru bersama Mantan Pengetua SMKDSN


Semua pelajar bersalaman dengan Mantan Pengetua semasa Lambaian Kasih

Sunday, October 3, 2010

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin bagi Calon PMR dan SPM 2010

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin bagi Calon PMR dan SPM 2010
Tarikh : 01/10/2010 ( Jumaat )
Tempat : Dewan SMKDSN

YDP PIBG SMKDSN, En. Mohd Radzali Md Sani menyampaikan ucapan selepas solat hajat dan bacaan yasin

Tn. Hj. Mohd Ghazali ( GPK 1 SMKDSN ) menyampaikan ucapan beliau

Tn. Hj. Baharudin b. Mohd Ali mengimamkan bacaan doa selepas bacaan yasin dan solat hajat.

Tn. Hj. Baharudin b. Mohd Ali memimpin bacaan yasin dan solat hajat.

Sebahagian guru, pelajar dan ibu bapa serta penjaga yang hadir semasa majlis.

Program Anti Merokok, Dadah dan HIV/AIDS 2010

Pelajar diberi peluang menjalankan demonstrasi merotan oleh Jabatan Penjara Seremban

En. Royston Chatterton ( Koperal, Bah. Disiplin Jabatan Penjara Seremban ) menunjukkan tali gantung sebenar semasa memberikan ceramah bertajuk " Masej Dari Penjara ".

Ceramah oleh wakil daripada LPPKN kepada pelajar perempuan sahaja bertajuk " Manisnya Menjadi Seorang Gadis ".

Ceramah oleh wakil daripada LPPKN kepada pelajar lelaki sahaja .

Wakil daripada LPPKN menyampaikan penerangan tentang Cafe@Teens Seremban 2.

Program Anti Merokok, Dadah dan HIV/AIDS 2010

Program Anti Merokok, Dadah dan HIV/AIDS 2010
Tarikh: 27/09 - 01/10/2010
MATLAMAT :

Menyebarkan maklumat dan menimbulkan kesedaran di kalangan semua warga sekolah tentang bahaya rokok, dadah dan HIV/Aids

OBJEKTIF :

I) Menyebarkan maklumat kepada warga sekolah berkenaan senario

dadah di Malaysia pada masa kini.

II) Menyebarkan maklumat berkenaan bahaya rokok dan bahan psikotropik serta kaitannya dengan penyalahgunaan dadah.

III) Menyebarkan maklumat berkenaan virus HIV dan penyakit AIDS serta

akibatnya.

IV) Menyebarkan maklumat berkenaan undang-undang yang dikenakan

terhadap penyalahgunaan dadah dan program pemulihan dadah di

Malaysia

En. Baharin b. Sabar ( Ketua Unit PPDa JPNS ) sebagai penceramah menerima cenderamata daripada Tn. Hj. Kamarudin ( GPK HEM SMKDSN )

En. Baharin b. Sabar menyampaikan ceramah beliau tentang bahaya dadah dan kesannya kepada pelajar.

Tn. Hj. Kamarudin mewakili Pengetua merasmikan Program Anti Merokok, Dadah dan HIV/AIDS 2010

Pengerusi Majlis ( Siti Fatihah ) memberikan kata-kata aluan sebelum acara majlis pelancaran dimulakan