Monday, October 4, 2010

Majlis Restu Guru 2010

Majlis Restu Guru 2010
Tarikh : 04/10/2010 ( Isnin )
Tempat : Tapak Perhimpunan SMKDSN

Matlamat :

· Untuk melahirkan anak didik yang berbudi luhur, berketrampilan, berdaya saing dan cemerlang.

· Membimbing dan memupuk nilai budi serta sikap menghargai guru.

· Menanam sikap hormat-menghormati.

Objektif :

· Menanam rasa hormat dan menghargai guru.

· Memohon restu guru dan penguasaan ilmu sebelum peperiksaan.

· Semoga mendapat keberkatan ilmu dan doa restu dari guru.

· Menyemai sikap sopan santun dalam adab berguru.

· Memupuk sikap keluhuran budi.

· Meningkatkan rasa “Sayangkan Guru dan Sekolah”.

-MEMBERI ILMU-

Adalah kami guru-guru SMK Dato’ Shamsudin Nain

Yang telah mengajar, mendidik dan menitiskan ilmu

pengetahuan

Kepada calon-calon PMR dan SPM sesi 2010

Pada pagi ini 04hb Oktober 2010 bersamaan 28

Syawal 1431H

Dengan penuh keikhlasan dan rela hati

Dengan rasminya merestui, meredhai dan

menghalalkan segala ilmu kepada pelajar-pelajar

yang kami sayangi

Kami berharap pelajar-pelajar dapat memahami,

menerima dan memanfaatkannya.

Kami doakan semua pelajar akan mendapat

ketenangan jiwa semasa menghadapi peperiksaan

Dapat menjawab semua soalan denga teliti dan sebaik

mungkin

Dapat menggunakan masa dengan bijak dan cermat

Dapat membuat pesediaan mental dan fizikal yang

rapi

Semoga dengan itu akan memperoleh keputusan yang

cemerlang di dalam PMR dan SPM seperti yang diharapkan.


-MENERIMA ILMU-

Kami

Anak-anak didik tingkatan 3 dan 5 sesi 2010

Dengan rasa rendah diri, ikhlas serta penuh keinsafan

Menerima segala curahan ilmu para guru

Yang tabah mengajar tanpa rasa jemu

Sabar mendidik kami

Menjadi insan berilmu

Guru

Tidak terhitung bakti dan jasamu

Tidak terbalas budi dan pengorbanan sucimu

Dalam mewarnai masa depan kami

Penuh bermakna

Demi limpahan jasa keramatmu

Kami kalungkan

Segunung penghargaan dan terima kasih

Buatmu selama-lamanya

Guru

Kami berjanji

Menghadiahi dirimu, Jua keluarga tercinta

Kuntuman bunga-bunga kejayaan

Untuk itu

Restuilah perjuangan suci kami

Dalam peperiksaan PMR dan SPM bakal menjelang

Dengan rimbunan doa kudusmu

Terima kasih guru!!!!!!!

Pn. Siwar Kaur a/p Gurdial Singh, Pengetua SMKDSN menyampaikan ucapan perasmian Majlis Restu Guru Bagi Calon PMR dan SPM 2010

Kavithra a/p Rajasekaran mengetui Bacaan Ikrar pelajar ( Menerima Ilmu ) daripada semua calon PMR dan SPM 2010

Calon PMR dan SPM perempuan bersalaman dengan guru-guru memohon restu dan keberkatan ilmu yang telah dicurahkan.

Pengetua SMKDSN turut menyampaikan alat tulis sumbangan PIBG kepada semua calon PMR dan SPM 2010.

No comments:

Post a Comment