Wednesday, July 21, 2010

Majlis Persaraan Tn. Hj. Mokhtar Adam

Majlis Persaraan Tn. Hj. Mokhtar Adam
Tarikh : 09/07/2010 ( Jumaat )
Tempat : Dewan NAINS

Tn. Hj. Mokhtar Adam merupakan guru seni reka tanda ( SRT ) dan telah memulakan khidmat semenjak penubuhan SMKDSN iaitu pada 1981 hingga sekarang ( 29 tahun )


Majlis turut dihadiri oleh YDP PIBG serta isteri tercinta kepada Tn. Hj. Mokhtar Adam

YDP PIBG mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tn. Hj. Mokhtar di atas sumbangan dan jasa beliau kepada SMKDSN selama ini.

Tn. Hj. Mokhtar mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah mengaturkan majlis tersebut bagi mengenang jasa beliau selama ini.

Majlis turut meraikan hari jadi Tn. Hj. Mokhtar dengan majlis memotong kek bersama cucu kesayangan beliau.

Di akhir majlis, YDP PIBG menyampaikan cenderamata tanda terima kasih semua warga SMKDSN kepada Tn. Hj. Mokhtar

Semua guru dan staf SMKDSN mengambil gambar kenang-kenangan bersama Tn. Hj. Mokhtar.

Tn. Hj. Mokhtar disertai isteri dan cucu beliau diarak dengan kereta antik sepanjang perjalanan keluar di perkarangan sekolah dan disambut dengan barisan semua warga SMKDSN.



No comments:

Post a Comment