Perjumpaan 3 Penjuru Pelajar PMR dan SPM 2012
Tarik : 29.06.2012
Hari : Jumaat
Masa : 9.20 pagi
Tempat : Dewan Nain's, SMKDSN
Objektif :
1. Ibu bapa / penaga berpeluang berkenalan dengan guru-guru yang mengajar anak mereka
2. Ibu bapa / penjaga dapat berbincang tentang prestasi akademik anak-anak mereka
3. Ibu bapa / penjaga dapat mengetahui sahsiah anak-anak mereka semasa di sekolah
4. Guru-guru dapat memohon kerjasama ibu bapa / penjaga bagi meningkatkan prestasi murid dari segi akademik dan sahsiah
5. Mengeratkan lagi silaturahim antara ibu bapa dan guru-guru
Motto:
Persefahaman dan kerjasayang erat antara guru dan ibu bapa serta kesedaran murid yang tinggi menjamin kecemerlangan mereka dan sekolah
" TERIMA KASIH KEPADA SEMUA IBU BAPA DAN PENJAGA YANG SUDI HADIR. TIDAK LUPA JUGA KEPADA SEMUA GURU TINGKATAN DAN GURU YANG TERLIBAT MENJAYAKAN PERJUMPAAN 3 PENJURU KALI INI "
Pengerusi Majlis menyampaikan kata-kata aluan sebelum majlis dimulakan.
Ibu bapa dan penjaga yang hadir ke majlis yang diadakan.
Pengetua SMK Dato' Shamsudin Nain, Pn. Siwar Kaur a/p Gurdial Singh menyampaikan ucapan beliau kepada ibu bapa dan penjaga yang hadir.
Pn. Norhayati ( Guru Tingkatan 3 Al-Jabar ) melayan ibu pelajar yang hadir.
En. Mohd Hafidz ( Guru Tingkatan 5 Ungku Omar ) menerangkan kepada ibu pelajar berkenaan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun pelajar.
Pn. Nurul Khamilah ( Guru Tingkatan 5 Al-Jabar ) berbincang bersama salah seorang bapa pelajar.
Pn. Rasidah ( Guru Tingkatan 5 Ungku Aziz ) menerangkan tentang kehadiran kepada ibu pelajar.