Thursday, February 11, 2010
Ceramah Teknik Belajar 2010
Tarikh : 10/02/2010
Masa : 8.30 - 10.30 pagi ( Tingkatan 3 )
10.30-12.30 tgh ( Tingkatan 5 )
Tempat : Dewan NAINS
Wednesday, February 10, 2010
Program Jom Masuk U 2010
Tarikh: 06/02/2010 ( Sabtu )
Tempat : USIM dan Stadium Tertutup Nilai, Nilai
Thursday, February 4, 2010
Program Pendaftaran Pelajar SMKDSN 2010
Motivasi Anda
Hampir 80% daripada pelajar tidak mempunyai matlamat atau tidak tahu apa yang dikatakan sebagai matlamat. Cuba fikirkan sejenak, sekiranya anda tidak pasti apa yang anda mahukan, bagaimana mungkin anda membuat perancangan dan mengatur langkah untuk mendapatkannya? Tanpa matlamat hidup anda akan sia-sia. Tanpa matlamat masa akan terbuang begitu sahaja tanpa disedari.
“ Imagination is power than knowledge “. Ini dipetik dari kata-kata Einstein. Memang benar, imaginasi atau impian itu lebih berkuasa dari ilmu pengetahuan. Sebab, impian akan mendorong tindakan. Impian mencetus kegigihan. Impian yang sungguh-sungguh akan mendorong diri untuk teruskan perjuangan ke arah kejayaan. Sedarkah anda begitu ramai orang gagal dalam hidup mereka hari ini adalah mereka yang sebenarnya tahu tentang faktor atau penyebab kejayaan. Pulang nanti, sekiranya anda bertemu dengan seorang tukang kebun, cuba tanya dia, "Pakcik..pakcik., pakcik tahu tak kalau waktu sekolah dulu pakcik belajar rajin-rajin, tidak buang masa, tekun.... hari ini pakcik mungkin dah jadi doktor". Apa agaknya kata pakcik itu?? "Tahu..pakcik tahuuu". Lihat seorang yang tahu apa faktor yang boleh merubah masa depan kini berpuas-hati hanya sebagai tukang kebun??? Inilah masalah anda. Anda tahu apa yang perlu dilakukan untuk berjaya tetapi anda tidak punya matlamat. Tidak punya impian yang cukup kuat untuk melakukan sesuatu tindakan ke arah kecemerlangan diri.
Selepas ini, tenangkan fikiran anda sebentar. Fikirkan soalan ini.
· Apa yang aku mahukan dalam hidup ini?
· Bila aku mahukannya setahun, dua tahun, lima tahun?
· Kenapa aku mahukannya?
· Bagaimana aku boleh mendapatkannya?
Sekiranya anda mampu memberikan jawapan yang tepat dan jelas terhadap soalan-soalan di atas, syabas!!!... anda sudah punya matlamat.
Contoh matlamat:
Apa? Aku mahu capai 8A dalam PMR.
Bila? Tahun 2010
Kenapa? Untuk buktikan pada rakan-rakan yang aku ada kebolehan. Untuk
memenuhi hasrat ibu bapa.
Bagaimana? Aku mesti belajar sekurang-kurangnya 3 jam sehari. Aku mesti melatih 20
soalan setiap hari. Kerja sekolah mesti siap. TV dan sembang-sembang mesti dikurangkan. Pencapaian ujian bulan mesti memberangsangkan.
“ Cakap tidak serupa bikin “. Inilah kelemahan anda. Anda begitu bersungguh-sungguh memperkatakan tentang matlamat anda tapi apa pula tindakan anda? Pastikan setiap kata dikota. Yang membezakan seorang doktor dengan seorang budak kilang ialah tindakan yang diambil sewaktu persekolahan mereka. Tanyakan semua rakan-rakan anda, "besar nanti nak jadi apa?". Saya pasti tidak seorang pun akan memilih untuk menjadi budak kilang. Semua nak jadi doktor, jurutera, peguam. Wah! hebat sungguh cita-cita mereka tetapi tindakan kosong!!!. Oleh itu untuk merealisasikan matlamat di atas tadi, pastikan susuli setiap
perancangan dengan TINDAKAN…..TINDAKAN….TINDAKAN.
Kenangan 2009 - Majlis Hi-Tea
Kenangan 2009
Tempat : Seremban Parade Bowl
Tarikh : 30/10/2009 ( Sabtu )
Selamat Datang Ke SMKDSN
Seharusnya, pelajar telah mempersiapkan diri dengan segala keperluan sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Sekolah merupakan satu medan untuk anda semua mencipta kejayaan. Di sinilah bermulanya segala pahit manis dalam kehidupan anda kerana saya percaya mungkin 5 atau 10 tahun nanti anda akan masih boleh mengimbau segala kenangan-kenangan itu di benak fikiran anda.
Bagi yang akan berperang dan berjuang dalam peperiksaan yang besar iaitu PMR dan SPM, selamat meningkatkan usaha anda dan menetapkan sasaran anda dengan betul. Bagi pelajar lain pula jangan lah leka, kerana setiap detik dalam hidup ini adalah peperangan, jika kita tidak membunuh kita akan terbunuh. Hayatilah pepatah Arab yang berbunyi, masa itu ibarat mata pedang, jika kita tidak memotongnya maka kita akan di pancung.Tahniah diucapkan kepada yang berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan PMR 2009, tetapi jangan pula lena dengan kejayaan semalam kerana perjuangan anda belum selesai, ada SPM bakal menanti. Maka cepat-cepat memasang strategi untuk menggapai kecemerlangan yang seterusnya. Bagi yang tewas, bersedialah untuk bangkit semula, jangan patah semangat kerana kejayaan masih ada bagi yang rajin berusaha.
“ Kejayaan tidak datang kepada orang yang LEKA…. “
Wednesday, February 3, 2010
Program Ceramah Jenayah 2010
Tajuk : " Jenayah Juvana Di Kalangan Remaja "
Tarikh: 18/01/2010 ( Isnin )
Tempat: Dataran NAINS
Ust. Saiful Bahari menyampaikan Program Nilam Guru sebelum ceramah bermula.
Pelajar-pelajar mendengar dengan khusyuk ceramah yang disampaikan oleh Bapa Angkat SMKDSN.
YM Raja Hasmiah Bt. Raja Sirajudin ( Pengetua Cemerlang SMKDSN ) menyampaikan cenderamata kepada Insp. Ahmad Khairi.
Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ( 2010 )
Tarikh : 6,7&8/01/2010
Tempat : Dewan NAINS
En. Palanisamy ( Guru Disiplin ) menyampaikan taklimat berkaitan disiplin kepada pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan.
Pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan mendengar taklimat yang disampaikan.