Sunday, September 25, 2011

Majlis Restu Guru Calon PMR dan SPM 2011

Majlis Restu Guru Calon PMR dan SPM 2011
Tarikh : 26/09/2011
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dataran SMKDSN


MATLAMAT

i.                     Untuk melahirkan anak didik yang berbudi luhur, berketrampilan, berdaya saing dan cemerlang.
ii.                   Membimbing dan memupuk nilai budi serta sikap menghargai guru.
iii.                  Menanam sikap hormat menghormati.

 OBJEKTIF

i.                     Menanam rasa hormat dan menghargai guru.
ii.                   Memohon restu guru dan penguasaan ilmu sebelum peperiksaan.
iii.                  Semoga mendapat keberkatan ilmu dan doa restu dari guru.
iv.                 Menyemai sikap sopan santun dalam adab berguru.
v.                   Memupuk sikap keluhuran budi.
vi. Meningkatkan rasa “Sayangkan Guru dan Sekolah



MEMBERI ILMU-

Adalah kami guru-guru SMK Dato’ Shamsudin Nain
Yang telah mengajar, mendidik dan menitiskan ilmu
pengetahuan
Kepada calon-calon PMR dan SPM  sesi 2011
Pada pagi ini 26hb September 2011 bersamaan 28  
Syawal 1432H
Dengan penuh keikhlasan dan rela hati
Dengan rasminya merestui, meredhai dan
menghalalkan segala ilmu kepada pelajar-pelajar
yang kami sayangi
Kami berharap pelajar-pelajar dapat memahami,
menerima dan memanfaatkannya.
Kami doakan semua pelajar akan mendapat
ketenangan jiwa semasa menghadapi peperiksaan
Dapat menjawab semua soalan denga teliti dan sebaik
mungkin
Dapat menggunakan masa dengan bijak dan cermat
Dapat membuat pesediaan mental dan fizikal yang 
rapi
Semoga dengan itu akan memperoleh keputusan yang
cemerlang di dalam PMR dan SPM seperti yang diharapkan.


-MENERIMA ILMU-

Kami
Anak-anak didik tingkatan 3 dan 5 sesi 2011
Dengan rasa rendah diri, ikhlas serta penuh keinsafan
Menerima segala curahan ilmu para guru
Yang tabah mengajar tanpa rasa jemu
Sabar mendidik kami
Menjadi insan berilmu

Guru
Tidak terhitung bakti dan jasamu
Tidak terbalas budi dan pengorbanan sucimu
Dalam mewarnai masa depan kami
Penuh bermakna

Demi limpahan jasa keramatmu
Kami kalungkan
Segunung penghargaan dan terima kasih
Buatmu selama-lamanya

Guru
Kami berjanji
Menghadiahi dirimu, Jua keluarga tercinta
Kuntuman bunga-bunga kejayaan

Untuk itu
Restuilah perjuangan suci kami
Dalam peperiksaan PMR dan SPM bakal menjelang
Dengan rimbunan doa kudusmu

Terima kasih guru!!!!!!!

















                                     


Kem 1Murid 1Sukan Daerah Seremban 2011

Kem 1Murid 1Sukan Daerah Seremban 2011
Tarikh : 19-21/09/2011
Tempat : Glory Beach Resort, Port Dickson
Peserta : 8 orang pelajar ( 4 orang Tingkatan 2 dan 4 orang Tingkatan 4 )

















Teknik Menjawab Soalan SPM 2011

Teknik Menjawab Soalan SPM 2011
Matapelajaran : Pendidikan Moral
Tarikh : 15.09.2011
Masa : 12.30 tgh -  2.30 ptg
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Nains, SMKDSN
Penceramah : En. Segaran ( SMK Bukit Mewah, Seremban )






Program Bimbingan Guru Cemerlang Dalam Pelaksanaan Program Peningkatan GPMP Matematik PMR 2011

Program Bimbingan Guru Cemerlang Dalam Pelaksanaan Program Peningkatan GPMP Matematik PMR 2011
Tarikh : 15.09.2011
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tgh
Tempat : Dewan Nains, SMKDSN
Penceramah : Guru Cemerlang Daerah Seremban






Lawatan Ke Kolej TAFE, Seremban

Lawatan Ke Kolej TAFE, Seremban
Tarikh : 13.09.2011
Hari : Selasa
Pelajar : Tingkatan 4 ( Seramai 16 orang ) bersama Pelajar SMK Rantau.

Sesi penerangan oleh En. Saravanan ( Pengurus PR dan Pemasaran ) Kolej TAFE

   

 Pelajar mendengar taklimat yang disampaikan oleh wakil Kolej TAFE 


 Pelajar dibawa melawat di sekitar Kolej TAFE

 Seorang pegawai Kolej TAFE memberikan penerangan semasa lawatan ke bengkel praktikal pelajar.

Pelajar melihat sambungan wayar di bengkel praktikal enjin kenderaan

Pelajar berkumpul sebelum berangkat pulang

Pelajar, guru dan Pengurus Kolej TAFE bergambar kenang-kenangan sebelum pulang

Tuesday, September 6, 2011

Demo Penyembelihan

Demonstrasi Penyembelihan Haiwan Sempena Bulan Patriotisme dan Kemanusiaan SMKDSN 2011
Tarikh : 07/09/2011
Hari : Rabu
Masa : 7.30 pagi

Sempena Bulan Patriotisme dan Kemanusiaan SMKDSN 2011, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan demonstrasi penyembelihan kambing kepada pelajar-pelajar Islam. Program ini bertujuan untuk menunjuk lebih dekat cara yang sah untuk menyembelih haiwan kepada pelajar-pelajar.
Semua warga SMKDSN yang beragama Islam telah bersama-sama bergotong-royong menyembelih, melapah dan memasak daging kambing yang disediakan. Seterusnya satu majlis ringkas diadakan untuk semua warga sama-sama menikmati hidangan yang dimasak.